Pendaftaran Sistem Pengurusan Tanah (Etapp)

5 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2024, telah diadakan sesi pembelajaran Pendaftaran Sistem Pengurusan Tanah atas Talian di NaDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Pada kali ini staf NaDi membantu waris peneroka untuk pengisian sistem pengurusan tanah secara atas talian. Staf NaDi memberi garis panduan cara mendaftar dalam sistem eTapp dan cara pengisian maklumat waris, harta tak alih dan harta alih. Selain daripada itu, staf NaDi juga membantu waris dalam membuat semakan sebelum menghantar borang permohonan pengurusan tanah tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali